Tuesday, November 8, 2011

Salam Aidiladha lagi..



Kek yg kawan opis lama order sempena raya aidiladha baru ni..slps 2 hari br la kawan ku dpt dtg ambil kek ni dek kebusyian suaminya..tu pun dh pukul 10 lbh baru sampai..tq ye..lain kali bleh oder lagi.

Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua..lamanya tak update blog ni..alhamdulillah, dh dapat keje baru kat area A.Star ni baru bleh nak concentrate pada my baking project..kalau tak sampai rumah dr tempat kerja dh malam..weekend baru boleh buat..skrg ni balik boleh la nak masuk dapur..mcm2 plan ada dlm kepala ni..tunggu!!!

Saturday, March 26, 2011

Makaroni Bakar



Salam sume..lama tul tak update blog ni..busy bebenor..actually this macaroni was baked last week..tapi hari ni baru senang nak masukkan n3 ni..mmm masa buat nih terlebih lada hitam, pedas skit la..Afif bising sbb dia yg beriya2 nak makan..tup2 pedas lak..sorri ye Yang..nnti ummi buat lain utk Afif yerrrr

Saturday, February 5, 2011

Stress Relieve

Salam semua..kalau tengok dari N3 topic ni mesti u all wonder coz mcm serious je bunyinye..jangan terkujat..hehehe..just nak share..pagi ni terbaca satu artikal kat utusan online
Berkenaan dengan kek cawan hilangkan tekanan. I am absolutely agree with this article..memang aku pun alami benda yang sama [walaupun bukan la dengan cup cakes(yang ni my coming March project ye!) tapi generally with my baking activities]. Kadang-kadang balik keje mmg letih; mentally & physically, tapi bila dah start masuk dapur mula baking activities tak terasa penat tu..ditemani pulak oleh my lil prince yang suka nak tolong, memang enjoy!!

Tuesday, February 1, 2011

Mini Muffin




Introducing new size muffin..and its pinkkk!!! yang ni strawberry flavor. muffin ni sesuai utk door gift majlis kawin, cukur jambul atau untuk majlis makan-makan. selain strawberry flavor ada gak chocolate chips flavor, vanilla flavor and pandan flavor..

Tuesday, January 25, 2011

Puding Pelangi


Rasanya dah lama tak update blog..quite bz lately..yg ni pun ina buat last weekend, tapi hari ni baru free nak update n3 ni..dapat resipi ni from  My Resipi.Teruja pulak bila tgk pic..tergoda..terus buat..jadi plak tu..so meh kita share resipinya..

Bahan-bahan:

  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (saya kurangkan ke 150gm coz tak suka manis sgt)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar, kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.(ina tambah kaler ijau coz buat 2 adunan)
  5. Sengetkan loyang atau bekas puding sedikit (kalau ikut resipi dia guna bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik atau alaskan dgn buku ke utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk.

Monday, January 3, 2011

Marble Cake



Salam semua..agak lama tak update blog ku..actually this cake was baked on 29/12/10..tapi disebabkan kesuntukan masa tak sempat nak update entry ni. Kek ni dibuat sempena nak bagi kat my auntie..not bad rasa dia especially tang coklat tu..hehehe..cuma nak kene improve skill nak buat corak..