Tuesday, January 25, 2011

Puding Pelangi


Rasanya dah lama tak update blog..quite bz lately..yg ni pun ina buat last weekend, tapi hari ni baru free nak update n3 ni..dapat resipi ni from  My Resipi.Teruja pulak bila tgk pic..tergoda..terus buat..jadi plak tu..so meh kita share resipinya..

Bahan-bahan:

  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (saya kurangkan ke 150gm coz tak suka manis sgt)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar, kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.(ina tambah kaler ijau coz buat 2 adunan)
  5. Sengetkan loyang atau bekas puding sedikit (kalau ikut resipi dia guna bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik atau alaskan dgn buku ke utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk.

Monday, January 3, 2011

Marble Cake



Salam semua..agak lama tak update blog ku..actually this cake was baked on 29/12/10..tapi disebabkan kesuntukan masa tak sempat nak update entry ni. Kek ni dibuat sempena nak bagi kat my auntie..not bad rasa dia especially tang coklat tu..hehehe..cuma nak kene improve skill nak buat corak..